ARKIB : 31/01/2009
KUALA LUMPUR - Nasihat khas
buat pemain Felda United dalam pertemuan Piala FA pusingan pertama hari ini
menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) ringkas tetapi padat - jangan hilang
fokus.
Pesanan tersebut disampaikan
oleh jurulatihnya, Mohd. Reduan Abdullah yang mahu anak buahnya menumpukan
sepenuhnya dalam perlawanan menentang PDRM dan tidak memandang mudah.
''Saya mahu mereka mengekalkan
rentak permainan seperti biasa dan cuba yang terbaik dalam perlawanan esok
(hari ini) untuk mencari bekalan selesa dalam perlawanan timbal balik,''
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Jelasnya, PDRM dijangka memberi
tentangan sengit dan cuba untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin untuk dibawa
pada perlawanan kedua, Selasa depan.
''Jadi saya mengharapkan mereka
bermain seperti biasa dan bermain seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini
kerana walaupun dalam saingan yang berbeza (Piala FA) bukannya Liga Perdana.
''Saya mengharapkan mereka
mampu untuk memperoleh jaringan awal untuk memberi tekanan kepada pasukan tuan
rumah (PDRM) dan cuba menguasai perlawanan,'' kata bekas pemain Selangor itu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz51bGQZVBK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan