ARKIB : 09/01/2009
KUALA LUMPUR - Pasukan Felda
United sudah bersedia sepenuhnya untuk turun beraksi dalam perlawanan pembukaan
Liga Perdana 2009 menentang PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari
ini.
Menurut jurulatihnya, Mohd.
Reduan Abdullah, perlawanan pertama memang amat penting dalam menguji kemampuan
dan prestasi pemain selepas melakukan persediaan rapi sebelum ini.
''Saya harap kami mampu meraih
tiga mata dan menunjukkan persembahan menarik, mempamerkan apa yang telah kami
lakukan semasa latihan,'' kata Reduan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, pemain harus
mempamerkan kemampuan sebenar dan dalam masa yang sama tidak memandang mudah
keupayaan pasukan lawan.
''Saya menasihati mereka supaya
turun beraksi esok (hari ini) dengan keazaman yang tinggi dan jangan memandang
rendah kemampuan PKNS. Ini adalah perlawanan pertama sudah tentu pasukan lawan
juga berazam untuk mencatatkan kemenangan, pemain tidak boleh mengambil mudah
perlawanan ini,'' katanya.
Menurut bekas pemain Selangor
itu, perlawanan pertama ini juga akan menjadi ruang untuk melihat kelemahan
pasukan dan akan diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.
''Walaupun kami sudah bersedia
tetapi kelemahan yang terdapat pada pasukan tidak begitu ketara dan di atas
padang nanti kita akan melihatnya dalam perlawanan sebenar.
''Ada pemain yang masih cedera
dan ada pemain yang masih kurang cergas, bagaimanapun saya yakin dengan
kemampuan pemain yang bakal beraksi nanti,'' kata Reduan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz51IYHHpHC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan