ARKIB : 06/10/2008
KUALA LUMPUR - Bagi memastikan
impian layak ke Liga Super pada 2010, pasukan berstatus kelab, Felda United
meletakkan sasaran untuk menduduki dua tempat teratas pada saingan Liga Perdana
2009 yang akan bermula Januari depan.
Setiausaha Persatuan Bolasepak
Felda United, Faisal Zakariah berkata, bagi memastikan impian itu tercapai,
mereka mengekalkan Reduan Abdullah sebagai jurulatih.
"Beliau telah berjaya
membimbing Felda United layak ke Liga Perdana pada musim lepas walaupun kita
sebenarnya meletakkan sasaran beraksi dua musim di dalam Piala FAM,"
katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.
Faisal berkata, pasukan
tersebut akan berwajah baru musim depan bila terpaksa menggugurkan sebahagian
besar muka lama di samping mencari pemain baru kerana saingan di Liga Perdana
adalah lebih sengit berbanding Piala FAM.
"Kita terpaksa
menggugurkan sekurang-kurangnya 14 pemain bagi memastikan akan wujud pasukan
yang benar-benar mantap menjelang saingan musim baru pada Januari tahun
depan," katanya.
Faisal berkata, mereka telah
memulakan pembelian 25 pemain yang telah memulakan latihan pada 15 September
lepas.
Musim lepas, Felda United
berjaya memenangi tujuh daripada 24 perlawanan manakala Khairul Izwan Khalid
merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan tujuh gol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz50X0D1K9q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan