Sabtu, 21 Oktober 2017

Reduan lega kemenangan sulung Felda



ARKIB : 14/01/2008

PETALING JAYA – Jurulatih pasukan Felda United, Reduan Abdullah berpuas hati dengan kemenangan sulung pasukannya ke atas PKNS 2-1 di gelanggang lawan Jumaat lepas hasil jaringan pemain import, Eric Arsene dan Al Hakim Romli.

Reduan berkata, kawalan dan hantaran bola yang kemas menjadi faktor utama kemenangan pasukan Felda United di samping kesedaran yang mula timbul di kalangan pemain selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

‘‘Saya berharap kesemua pemain dapat mengekalkan corak permainan seperti hari ini dan dapat memperbaiki kelemahan terutamanya hilang konsentrasi di minit-minit terakhir perlawanan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia kelmarin.

Menurutnya, permainan pada separuh masa pertama menampilkan corak yang menarik oleh Felda United sehingga tidak memberi ruang kepada pasukan PKNS.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4w8vMe5vO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan