ARKIB : 30/12/2007
KUALA LUMPUR Hasrat pencabar
baru Liga Perdana, Felda United untuk melakar kemenangan pertama di tempat
sendiri menentang Kelantan hampa gara-gara gagal mengekalkan fokus dalam
permainan. Jurulatihnya, Mohd. Reduan Abdullah berkata, kealpaan benteng
pertahanan untuk mengekalkan konsentrasi pada babak kedua memberi peluang
kepada lawan mencuri satu mata.
Kami bermain baik semalam
berbanding perlawanan pertama sebelum ini. Namun, kami kehilangan konsentrasi
pada minit akhir permainan dan kesilapan sendiri pada minit ke-64 membolehkan
penyerang Kelantan menjaringkan gol penyamaan, katanya kepada Mingguan
Malaysia di sini, kelmarin.
Menurut Reduan, pada perlawanan
tersebut, benteng pertahanan Felda tidak berfungsi untuk membantu pasukan
membuat serangan balas.
Selain itu, beliau berkata,
pemain-pemainnya juga cepat hilang kawalan sehingga membolehkan pihak lawan
mengambil kesempatan.
Bahagian serangan juga kurang
mantap. Kami melepaskan beberapa peluang terbaik di depan gol, ujarnya.
Mengulas prestasi pemain import
baru Felda United, Benson Anih Ajike, beliau berkata, pemain itu bermain dengan
baik meskipun pertama kali beraksi.
Felda United akan berkunjung ke
Stadium Darulaman untuk menentang Kuala Muda Naza pada Isnin ini.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4w3x1oug0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan