Raja Norain Hidayah
rnorain@hmetro.com.my
Maran: Walaupun peluang FELDA
United menjuarai Liga Super agak tipis, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim
itu mampu berbangga apabila layak ke kancah Piala AFC 2017.
Irfan Bakti berkata, The
Fighters menampilkan aksi cemerlang sepanjang Liga Super untuk menghambat
penyandang juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sehingga ke
penghujung liga.
“Saya bangga dapat membawa
FELDA United ke Piala AFC tahun depan dan ini pencapaian yang baik buat kami.
“Untuk perlawanan tadi
(kelmarin), sudah pasti kami berasa agak kecewa dengan keputusannya namun
keseluruhannya kita berjaya memberikan cabaran sengit kepada Johor DT,” katanya
selepas perlawanan Liga Super antara FELDA United menentang Johor DT di Stadium
Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini, kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Johor DT
membenam FELDA United dengan jaringan 3-2 dan mencerahkan peluang mereka
mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga apabila mengumpul 49 mata
selepas 19 perlawanan liga iaitu tujuh mata mengatasi FELDA United yang
mengutip 42 mata.
Pasukan diberi jolokan Harimau
Selatan itu hanya perlu menang satu perlawanan daripada baki tiga perlawanan
selepas ini untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super.
sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu,
27 Ogos 2016 @ 5:15 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan