Kuala Terengganu:
“Skuad kami (FELDA United) beraksi dengan baik sepanjang perlawanan dengan
memberi tentangan sengit kepada T-Team tapi jaringan ketiga lawan menjadi
pemusnah segala-galanya,” kata ketua jurulatih FELDA Irfan Bakti Abu Salim
(gambar, kiri) sebaik tamat perlawanan yang berkesudahan pasukannya tewas 2-3.
Beliau
bagaimanapun mengingatkan pemainnya segera melupakan kekalahan itu sebaliknya
perlu lebih fokus dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia Sabtu ini bertemu
skuad itu dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir.
“Saya gesa pemain
harus lebih cerdik dan fokus dalam aksi suku akhir nanti selain mahukan semua
pemain melupakan episod malang itu tewas kepada barisan pemain T-Team,” kata
pengendali kelahiran Kelantan itu yang pernah membimbing skuad Terengganu.
Mengulas lanjut,
Irfan berkata, walaupun kekalahan itu tidak menjejaskan sebarang kedudukan
dalam saingan liga selepas sah berada di tangga kedua, tetapi kemenangan
menjadi impian pasukan sebelum turun beraksi bertemu skuad kendalian Rahmad
Darmawan itu.
“Bagaimanapun
kesalahan hingga menghasilkan penalti untuk jaringan ketiga tuan rumah tidak
sepatutnya berlaku sekali gus memusnahkan harapan kami untuk sekurang-kurangnya
membawa pulang satu mata biarpun tidak menjejaskan kedudukan dalam liga.
“Namun begitu
pada aksi malam ini ia banyak memberi pengajaran yang berguna khususnya kepada
pemain selain dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pasukan kami dan
lawan menjelang pertemuan suku akhir nanti yang sudah pasti memberi kelebihan
kepada kami kerana beraksi di laman sendiri,” katanya yang turut memuji
pemainnya yang bangkit walaupun dua kali ketinggalan sebelum pulang hampa.
Pada suku akhir
pertama 28 Ogos lalu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi yang penuh
kontroversi dan perhitungan Sabtu ini bakal menyaksikan pasukan mana yang
berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 10:12 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan