Ahad, 7 Mei 2017

Felda United benam Pulau Pinang




PEMAIN Felda United, Muhammad Hadin Azman (kiri) megawal bola
PEMAIN Felda United, Muhammad Hadin Azman (kiri) megawal bola sambil diasak pemain Pulau Pinang, Muhd Zulkhairi Zulkeply pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan malam ini. - UTUSAN ONLINE/Sazali Che Din

Mohd. Firdaus Ismail

08 Mei 2017 12:12 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

BATU KAWAN 7 Mei - Hasrat Pulau Pinang untuk meraih kemenangan sulung di gelangang sendiri masih tidak tercapai apabila tunduk 1-2 kepada Felda United.

Perlawanan berkenaan yang bermula lewat sejam akibat hujan lebat di Stadium Negeri Batu Kawan menyaksikan pelawat yang dibimbing B. Satiananthan mengacam kubu rumah dan berhasil mendahului pada minit ke -16 menerusi jaringan Lucas Mathias.

Bersambung babak kedua, anak buah Zainal Abidin Hassan kembali memperkemaskan permainan menerusi beberapa percubaan menarik dan hasilnya penyerang import, Nigel Dabinyaba berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke -54.

Ketika permainan dijangka berkesudahan dengan seri, pemain gantian Felda United, Nor Shahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila sepakannya menewaskan penjaga gol tuan rumah,Syed Adney Syed Hussein sekaligus memberi kemenangan kepada Felda United. - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-united-benam-pulau-pinang-1.478712#ixzz4gRT88CKg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Melaka United kembali temui rentak selepas ikat JDT

Pemain JDT, Gabriel Guerra (jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Melaka pada perlawanan bola sepak
Pemain JDT, Gabriel Guerra (jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Melaka pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini. – BERNAMA

08 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

MELAKA 7 Mei – Kutipan satu mata yang diperoleh Melaka United dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata memberi kelegaan kepada ketua jurulatihnya, Eric Williams, sekali gus memberi isyarat kesediaan mereka untuk kembali menyaingi pasukan lawan.

Skuad Sang Kancil yang bergelut dengan prestasi hambar di pusingan awal Liga Super, seakan kembali mendapat rentak berikutan perubahan positif barisan pemain dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat semalam.

Williams yang ditemui selepas perlawanan tersebut berkata, para pemainnya kini menunjukkan persefahaman dan keharmonian untuk bermain sebagai satu pasukan.

"Kesemua mereka memberikan mutu persembahan yang amat baik dan bertahan tanpa dibolosi pada separuh masa pertama perlawanan selain mengikut segala yang dirancangkan sehingga kembali menyamakan kedudukan dalam perlawanan itu.

"Saya gembira dengan semua pemain. Walaupun keputusan hanya seri, namun ia sesuatu yang baik kerana JDT bukannya calang-calang pasukan dan mereka mempunyai barisan pemain terbaik di Malaysia," katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora memberitahu, sedikit kesilapan berpunca daripada kehilangan tumpuan menyebabkan pasukannya dibolosi satu gol pada minit-minit terakhir, menjurus kepada mereka terpaksa pulang dengan satu mata.

"Walaupun mempunyai kelebihan enam mata sebagai pendahulu liga namun, saya tidak mahu pasukan ini berasa selesa, tetapi mempertingkatkan mutu permainan dan terus berjuang," katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-kembali-temui-rentak-selepas-ikat-jdt-1.478666#ixzz4gRRJ4e7W
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan