PEMAIN Felda United, Muhammad
Hadin Azman (kiri) megawal bola sambil diasak pemain Pulau Pinang, Muhd
Zulkhairi Zulkeply pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang
di Batu Kawan malam ini. - UTUSAN ONLINE/Sazali Che Din
Mohd. Firdaus Ismail
08 Mei 2017 12:12 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
BATU KAWAN 7 Mei - Hasrat Pulau Pinang untuk meraih
kemenangan sulung di gelangang sendiri masih tidak tercapai apabila tunduk 1-2
kepada Felda United.
Perlawanan berkenaan yang
bermula lewat sejam akibat hujan lebat di Stadium Negeri Batu Kawan menyaksikan
pelawat yang dibimbing B. Satiananthan mengacam kubu rumah dan berhasil
mendahului pada minit ke -16 menerusi jaringan Lucas Mathias.
Bersambung babak kedua, anak
buah Zainal Abidin Hassan kembali memperkemaskan permainan menerusi beberapa
percubaan menarik dan hasilnya penyerang import, Nigel Dabinyaba berjaya
menyamakan kedudukan pada minit ke -54.
Ketika permainan dijangka
berkesudahan dengan seri, pemain gantian Felda United, Nor Shahrul Idlan Talaha
muncul wira pasukannya apabila sepakannya menewaskan penjaga gol tuan
rumah,Syed Adney Syed Hussein sekaligus memberi kemenangan kepada Felda United.
- UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-united-benam-pulau-pinang-1.478712#ixzz4gRT88CKg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Melaka United kembali temui
rentak selepas ikat JDT
Pemain JDT, Gabriel Guerra
(jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Melaka pada perlawanan bola sepak
Pemain JDT, Gabriel Guerra
(jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Melaka pada perlawanan bola sepak Liga
Super di Stadium Hang Jebat, malam ini. – BERNAMA
08 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
MELAKA 7 Mei – Kutipan satu
mata yang diperoleh Melaka United dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim
(JDT) nyata memberi kelegaan kepada ketua jurulatihnya, Eric Williams, sekali
gus memberi isyarat kesediaan mereka untuk kembali menyaingi pasukan lawan.
Skuad Sang Kancil yang bergelut
dengan prestasi hambar di pusingan awal Liga Super, seakan kembali mendapat
rentak berikutan perubahan positif barisan pemain dalam perlawanan yang
berlangsung di Stadium Hang Jebat semalam.
Williams yang ditemui selepas
perlawanan tersebut berkata, para pemainnya kini menunjukkan persefahaman dan
keharmonian untuk bermain sebagai satu pasukan.
"Kesemua mereka memberikan
mutu persembahan yang amat baik dan bertahan tanpa dibolosi pada separuh masa
pertama perlawanan selain mengikut segala yang dirancangkan sehingga kembali
menyamakan kedudukan dalam perlawanan itu.
"Saya gembira dengan semua
pemain. Walaupun keputusan hanya seri, namun ia sesuatu yang baik kerana JDT
bukannya calang-calang pasukan dan mereka mempunyai barisan pemain terbaik di
Malaysia," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT,
Benjamin Mora memberitahu, sedikit kesilapan berpunca daripada kehilangan
tumpuan menyebabkan pasukannya dibolosi satu gol pada minit-minit terakhir,
menjurus kepada mereka terpaksa pulang dengan satu mata.
"Walaupun mempunyai
kelebihan enam mata sebagai pendahulu liga namun, saya tidak mahu pasukan ini
berasa selesa, tetapi mempertingkatkan mutu permainan dan terus berjuang,"
katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-kembali-temui-rentak-selepas-ikat-jdt-1.478666#ixzz4gRRJ4e7W
© Utusan Melayu (M) Bhd