Oleh M.RIZAL NOR
KAPTEN Felda United, Shukor
Adan (kanan) bijak menghalang kemaraan pemain Kedah, Sandro Da Silva pada aksi
Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam kelmarin.
KETUMPULAN jentera serangan
menyebabkan pasukan Felda United terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri
1-1 ketika mene–rima kunjungan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul
Razak, Jengka, Pahang malam kelmarin.
Pengendali skuad The Fighters,
Azmi Mohamed berkata, jentera serangan diketuai Norshahrul Idlan Talaha yang
turut dibantu Gaston Andres Javier gagal berfungsi de–ngan baik kerana beberapa
peluang di hadapan pintu gol pasukan lawan gagal disempurnakan de–ngan baik.
“Norshahrul atau Mat Yo dan
Gaston perlu berusaha lebih gigih lagi bagi memantapkan corak permainan
masing-ma–sing dalam misi merobek gawang pasukan lawan kerana saya lihat mereka
belum mencapai tahap keserasian yang dikehendaki.
“Kita mempunyai banyak peluang
termasuk gerakan solo Mat Yo pada babak pertama, namun gagal menemui sasaran
apabila rembatannya terkena pertahanan pasukan lawan,” kata Azmi pada sidang
akhbar selepas tamat perlawanan tersebut.
Menurutnya, pasukannya turut
mengalami masalah di posisi tengah kerana banyak gerakan dikuasai oleh
anak-anak buah Tan Cheng Hoe pada separuh masa pertama sehingga membolehkan
mereka mendapat gol awal menerusi Ken Ilso Larsen pada minit ke-23.
Beliau berkata, jaringan
tersebut turut dipengaruhi oleh pemain-pemain pertahanan yang agak leka
sehingga memberi ruang kepada Ilso melepasi pe–rangkap ofsaid, sekali gus
menyempurnakan hantaran Liridon Krasniqi dengan mudah.
“Syukur, pemain-pemain saya mampu
bangkit pada babak kedua apabila kembali menguasai bahagian tengah untuk
melancarkan serangan daripada semua sudut sehinggalah Mohd. Hadin Azman berjaya
menja–ringkan gol penyamaan pada minit ke-57,” jelas Azmi.
Azmi memberitahu, mereka perlu
memperbaiki segera segala kelemahan di setiap posisi sebelum menerima kunjungan
pasukan Kelantan, Sabtu depan kerana skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu sudah
pasti mahu mencari kemenangan kedua,” ujarnya.
Azmi membertitahu, skuad The
Fighters juga perlu mengekalkan tahap kecergasan masing-masing untuk
mengharungi jadual yang padat bulan ini termasuk saingan Piala FA dan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Sementara itu, Hadin berkata,
jaringannya pada minit ke-57 adalah hasil kerjasama rakan sepasukan yang membuat
hantaran menarik untuk dia terjemahkan dengan jaringan.
“Jurulatih telah memberi
kepercayaan kepada saya untuk berada dalam kesebelasan utama jadi saya harus
lakukan yang terbaik apatah lagi kami beraksi di hadapan penyokong sendiri,”
kata Hadin.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4XtWAmec4
Hakcipta terpelihara